Rabu, 15 Jun 2011

Bengkel Pembinaan Blog Kelompok PKG Chabang Empat 2011

Bengkel Pembinaan Blog Kelompok PKG C4
Tempat : Bilik Seminar PKG C4
Tarikh : 15-16 Jun 2011
Masa : 8.30 am-4.00 pm

Ahad, 1 November 2009

VISI SK TELUK JERING


SK Teluk Jering Akan Menjadi Sekolah Cemerlang Di PPD Tumpat Menjelang Tahun 2015

THE SKTJ's SONG

Lagu Sekolah SKTJ

Kita bersama mengejar ilmu
Kita mengasih ayah dan ibu
Pada guru hormat selalu
Itulah SKTJ sekolah ku

Akhlak mulia murid jaya
Itulah matlamat kita
SKTJ terus maju
Nama mu tetap dikenang

Kami berdoa kepada Tuhan
Semoga terus capai kejayaan
Terus berusaha sepanjang masa
Agar menjadi insan yang berguna

Lagu & Lirik : En. Ramazar b. Abd Rahman
Gubahan muzik : En. Ramli Hussin

Selasa, 27 Oktober 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Telok Jering telah dibuka dalam tahun 1960. Idea untuk membina sekolah ini timbul apabila keinginan belajar timbul di kalangan penduduk kampung. Pada mulanya sekolah ini merupakan sekolah dewasa yang dibina oleh penduduk kampung di atas tanah yang diwakafkan oleh seorang penduduk iaitu Pn. Hjh Limah.

Bangunannya di buat daripada buluh yang beratapkan rumbia. Murid-murid pula menulis atas papan yang menggunakan batu hitam sebagai pensil. Pada waktu itu, bilangan gurunya ialah seramai 6 orang termasuk guru besar. Guru Besar yang pertama ialah guru yang dikenali dengan “ Cikgu Wil “. Manakala guru-guru lain ialah Cikgu Che Musa, Cikgu Nik Him, Cikgu Soh, Cikgu Omar dan Cikgu Che Hussin.

Guru-guru ini mengajar tanpa menerima gaji dan tinggal di rumah penduduk kampung. Makan dan minum ditanggung oleh penduduk kampung sebagai upah untuk guru yang telah mengajar anak-anak mereka.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan, pada tahun 1964 kerajaan telah membina sebuah bangunan kayu. Bangunan ini telah dibina di atas tanah yang dibeli daripada penduduk kampung dengan harga Rm 450.

Sekolah ini telah melalui evolusinya yang tersendiri sehinggalah sekarang yang mana sekolah ini telah mempunyai 6 blok bangunan dan satu blok makmal komputer yang dilengkapi dengan sistem komputer yang canggih.